Thursday, July 1, 2010

Surat Untuk Emak








SELAMAT HARI LAHIR,MAK!
Modd: Happy sebab dapat hadiahkan Mak HANDBAG,sesuatu yang Emak minati dan mungkin hajati setelah sekian lama?
Kurasakan pencapaian terbesarku setakat ini.
Terima Kasih Allah SWT yang Baek Hati,tidak lupa juga kepada Ayahanda kesayanganku.

*************************************************************************************

Rasa memiliki membawa kelalaian
-Peribahasa Jawa

Huhu..macam betul je.Mak mungkin tak tahu,tapi…akak selalu bergantung harap pada Mak.Bila akak sakit,susah…Mak dan Abahlah orang yang pertama akak cari.

Akak ingat lagi…dulu masa akak kat IPSAH,akak tak risau pun…sebab akak tau akak ada Mak dan Abah..akak rasa selamat..sebab akak tau,walau apapun yang jadi kat aku,Mak dan Abah akan datang selamatkan aku..walau dengan apa cara sekalipun..

Walaupun bukan sepenuhnya,kebanyakan masanya segala masalah,kesukaran,masalah dan halangan dapat diatasi dengan adanya Mak & Abah.Bila difikirkan,hebatnya Mak & Ayah aku,sebab semua masalah aku diorang boleh tolong setel.Campak je lah apa sahaja,semuanya bisa diatasi,bisa ditangani..dengan masa,kudrat,WANG RINGGIT(hahhaa), perhatian,kehadiran…doa,solat hajat.

Akak dari dulu perasan..ada beza bila akak jauh dengan mak dan abah(masa kat IPSAH), dan bila akak kat rumah(bila balik cuti).Satu benda yang paling ketara – bila akak jauh dari rumah,dari Mak Abah,akak selalu ingat Tuhan…tapi bila kita dekat,akak selalu lupa pada Dia…hehhehee..lupa diri betul budak ni.

Mungkin sebab yang kat atas tu lah – Rasa memiliki membawa kelalaian.
Bila akak sorang masa kat IPSAH,akak selalu baca Quran..akak rajin sembahyang.Tafsir tu dulu akak selalu baca sebab akak tak tau nak pergi kat siapa,nak berpegang pada apa..

Tapi…bila akak kat rumah,akak lupa semua tu..akak lepas semua benda…semuanya sebab satu je – sebab akak tau akak ada Mak & Abah.

Aiskh,tak patut betul.Sangat.

Akak rasa selamat.Rasa dilindungi.Akak rasa,datanglah apa sekalipun,asalkan aku ada Mak dan Ayah aku tu dengan aku ,aku tak kisah.Aku boleh tempuh.

Bila akak sakit…akak nak Emak.Akak rasa Emak penawar.Kalaupun takde ubat,...ada Emak,rasa lega,kurang rasa sakit..kadang-kadang,bila akak rasa sakit,akak tak kisah pun sakit tu,akak lagi kisah Mak ada ke tak..akak nak Mak..Mak selalu layan akak bila akak sakit..Mak demah dahi akak,masakkan akak sedap-sedap(hehehe),tidur dengan akak…Abah pulak jadi Hero..hehehe…tolong cari ubat,belikan makanan best2..ajak tidur sama..Dari dulu lagi,akak anak yang paling bermasalah…akak selalu sakit.Dah berapa ratus ribu puluh sa entah duit Abah habis sebab sakit akak…




Mak,terima kasih sebab selalu menggembirakan akak dengan pemberian-pemberian Mak..Mak selalu belikan akak itu ini…walaupun Mak tak kerja,Mak selalu usahakan hajat anak-anak…kadang-kala dan selalunya,melebihi dari keperluan dan hajat diri sendiri…Akak tak taulah kalau Mak pernah rasa terbeban/terkilan dengan kehendak anak-anak yang pelbagai,sehingga terpaksa mengenepikan keinginan diri sendiri,lagi-lagi akak…walau apapun,akak nak Mak tau, yang akak berterima kasih atas semua yang pernah Mak lakukan,dan berikan….TERIMA KASIH ibuku sayang…Hanya Allah SWT sahaja yang bisa membalas semua jasa dan pengorbananmu…Ni ada satu ayat untuk Mak.(Konon nak sedapkan hati lepas menyusahkan Mak bertahun-tahun..hehhee) –“Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya”.



Nak tambah sikit - Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail…hehehhee.,habislah anak aku,kata Mak..tiap-tiap benda dia dah mula bagi ayat,firman Allah SWT…ah,sudah…hahahahhaaaaa.




Mak,Mak tau tak yang Mak ni baik orangnya?Akak sebenarnya tak tahulah sama ada akak rasa Mak ni baik sebab Mak ni Mak akak atau akak rasa Mak memang baik orangnya..tapi akak rasa…Mak memang baik.Dalam dunia ni,Maklah orang paling baik pernah akak jumpa..Akak cakap ni bukan sebab Mak emak akak,tapi itulah yang akak rasa.
Akak rasa Mak orangnya penuh ikhlas.Orang kata,ikhlas itu sukar diketahui..Hanya Allah yang Maha Mengetahui…sebab ikhlas itu antara kita dengan Allah…tapi,itulah yang akak rasa..ni dah puji nih jangan lupa diri pulak..hhahaaaaa




Mak,kalau ikutkan hati,banyak yang ingin akak coretkan,tulis..tapi… ni dah berapa baldi dah air mata keluar ni…hehhehehe..



Mak jangan sesekali fikir akak lupa setiap perkara yang pernah kita lalui…sepanjang 21 tahun membesarkan akak..Tak Mak,tak…akak tak pernah lupa…Mak silap besar kalau Mak ingat akak tak pegang,simpan,rakam, setiap jasa,budi,pemberian,kebahgian,pengorbanan,masa dan kenangan yang telah kita lalui bersama…setiap kenangan yang kita pernah lalui,walaupun hanya pada hari-hari yang biasa,walaupun cuma perkara biasa seperti makan,perbualan,tidur, akak tak pernah lupa itu…tidak sama sekali.
Cakaplah bahagian mana,bila,hari apa…semuanya terakam kemas dalam minda akak nih..semuanya akak pegang dalam memori akak,ingatan akak.Takkan pernah padam,takkan pernah akak lupa…jadi,Mak janganlah sesekali pun terfikir..Ingat ke anak aku ni pada aku?Ingat ke dia atas apa yang telah aku curahkan padanya?Sedar ke dia setiap pengorbanan yang telah aku lakukan? Setiap titis air mata,kesedihan,keletihan,perhatian,kasih sayang,yang aku berikan padanya..sedarkah ia??? Mak tak perlu tanyakan semua ni ,sebab…Ya,akak memang sedar,,,akak tahu,,,akak hargai setiap jerih payah dan kesukaran Mak,suka duka Mak membesarkan akak,membesarkan kami adik-beradik….



Walau apapun,akak tahu..ada pahit manis yang Mak lalui sepanjang membesarkan akak,membesarkan kami,yang tak akak ketahui…akak tahu,ada sesetengah perkara berlaku di luar pengetahuan akak,.yang Mak tanggung seorang diri…akak mintak maaf kerana akak tak banyak membantu,kerana akak tak pernah belajar untuk memahami…walau apa pun,TERIMA KASIH kerana tidak pernah pergi…Terima Kasih kerana terus bersama kami..kerana terus bersama Abah…kerana terus bersama akak…Mak tahu,akak pernah terbaca- “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.” Akak sebenarnya tak tahulah apa maksud tinggal dengan anak-anaknya kat sini,tapi akak bagi jugak…hehehehee…




Mak,sempena Hari Lahir mak kali ini,akak nak mintak sedikit keberkatan dari Mak.
Mak,halalkanlah setiap titis air susu yang pernah Mak berikan.Lebih dari itu,halalkanlah segala-gala yang pernah datang dari Mak…SEGALANYA. Halalkanlah kesemua yang pernah akak ambil dari Mak,di luar dan juga di dalam pengetahuan Mak.Halalkanlah juga kesemua yang pernah Mak berikan pada akak.
Lebih dari itu,ampunkanlah segala dosa akak..sama ada sengaja atau tidak..yang TERUCAP ataupun yang TERDETIK DI HATI..Maafkanlah…setiap ucapan,perbuatan,lintasan di hati,zahir dan juga batin,ampunkanlah…Ucapan “ahhh’,walaupun hanya sekadar satu bentuk gurauan,Maafkanlah…Setiap wajah kurang manis ,muka masam(hehehehhe),tingkahlaku yang ditunjukkan yang berbentuk kedurhakaan, sama ada di depan atau belakang Mak,Ampunkanlah…



Ringkasnya,…Emak,maafkanlah akak ya…atas semua dosa yang telah akak lakukan pada Mak…semua…Halalkanlah segalanya…Emak tolong jangan ambil mudah permintaan akak ni…akak betul-betul berkehendakkan keampunan dan kemaafan Mak itu.




Akak harap hidup akak ni diberkati,diredhai Allah..Akak juga mahu menjadi anak yang diredhai kedua ibubapanya…Telah Allah berkata, (Kalau tak silap) - “RedhaKu adalah redha kedua ibubapamu terhadapmu…Manakala marahku adalah marah kedua orang tuamu”.
Akak tak tahu berapa banyak dah bentuk “kemarahan” dan “ketidakredhaan”,lagi teruk lagi,”kedurhakaan” yang akak dah buat sepanjang akak hidup dengan Emak..huhuhuhu



Tapi akak tahu,Mak akan memaafkan akak..kalau akak tak mintak pun,akak percaya yang Mak selalu meredhai akak,tidak pernah simpan rasa marah,apatah lagi berdendam.Insyaallah, dengan berkat dari kemaafan yang Mak hulur dari jauh di saat Mak membaca surat akak ini,akak akan menjadi insan yang lebih baik…Muslim yang lebih baik…Amin.


_Part ni tak boleh share,private_seterusnya:


Lagipun akak pernah terbaca, Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". So,Mak tolonglah doakan akak sekejap ye…Tapi,akak pun pernah terbaca,kalau tak silap akak….antara perkara yang Insyaallah tidak akan ditolak Allah SWT adalah doa seorang ayah terhadap anak-anaknya(selalu ingat Abah bila fikir benda ni..hehheheee)..So,tolong d0akan saya ye!(^_^)



Mak,Mak jangan sekali-kali terfikir,- “asyik aku je yang doakan Suami,anak-anak…takde siape pun yang doakan aku…..”. Semua ni tak betul.Mak tahu tak,setiap kebaikan yang kita doakan terhadap orang lain,tanpa dia mengetahuinya,Malaikat pulak akan doakan pada kita…kita akan dapat segala bentuk kebaikan yang kita doakan terhadap orang itu(Kalau tak silap akak la..).


Jadi,Mak tak payahlah risau kalau-kalau takde orang nak doakan Mak dah,,,lagipun,doa Malaikat,power tu…haahahaha…Tapi,akak selalu doakan Mak…doakan Abah,doakan kita..Selalunya ayat akak…”Aku dan kedua ibubapaku”…tapi sekarang akak dah mula tambah – “saudara-saudaraku”..sebab akak dah mula risaukan Abgpis,Fatihi dan Titi…Lagipun,satu kesilapan besar kan kalau kita berdoa tanpa mendoakan orang lain.



Hm……bertuahnya hidup menjadi seorang anak yang didoakan kedua ibu dan bapanya…
Akulah antara anak yang bertuah itu….Insyaallah.

Mak,jujur akak cakap..akak tak pasti sama ada akak dapat jumpa Mak lagi ke tak…akak tak tahu sama ada akak berpeluang lagi ke tak untuk peluk Mak,cium Mak…berjumpa dengan Emak. Terasa satu ketakutan bila memikirkan yang akan ada kemungkinan kita tidak akan berjumpa lagi.


Tapi..akak akan belajar untuk serahkan segala-galanya pada Allah SWT.
Kita masing-masing kena terus kuat,kita perlu tabah..kerana kita ada Allah.



Mak,abah..ni ada sedikit bahan bacaan untuk Emak dan Abah..akak tak mintak Mak dan Abah percaya..malah mungkin menjadi satu dosa pada akak kalau Mak dan Abah percaya benda ni bulat-bulat…Tetapi,tolonglah baca,walaupun hanya sekali…Akak rasa macam satu tanggungawab pulak untuk menyebarkan benda ni pada Mak dan Abah,supaya Mak dan Abah tahu…supaya bilamana orang semua bercakap tentang hal ini,kita semua tahu apa yang sedang mereka perkatakan..
Harus diingat,ini bukanlah ramalan..ianya hanyalah satu bentuk kajian.




Mak,abah,akak mengaku akak rasa takut bila akak tahu semua ni..tapi bila difikirkan balik,semua ni sangat bergantung kepada kuasa Allah SWT..kalau Dia kata JADI,maka jadilah ia,.Tetapi Kalau Dia berkata TIDAK,ianya sama sekali tidak akan terjadi…
Jadi,akak rasa, perkara terbaik yang perlu kita lakukan ialah kita teruskan kehidupan kita seperti biasa..di samping kita terus berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik…


kadang-kadang bila ingat dosa yang akak pernah buat,akak rasa sangat takut..tapi, bila baca benda ni,sejuk rasa hati: Hadis Abu Musa r.a: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.”Lagipun,Allah kan MAHA Pengampun..sesungguhnya Allah itu Maha segala Maha…huhu…


Lagipun,Allah dah janji – “Wahai anak Adam selama kau berdoa dan berharap kepada-Ku,niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.Wahai anak Adam,jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku,pasti engkau Ku-ampuni.Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi,kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun,pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula”…peh,baiknya lah Allah ni...hehehheee



Hah,yang ni sesuai untuk Abah…Abah memang suka konsep bersederhana dalam beribadah nih…jangan extreme,kata Abah….hehehehe- “"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi).



Mak,jangan pikir akak dah jadi orang dakwah pulak..hahahhahaaa….akak biasa-biasa je..Jangan risau,kawan-kawan akak kat sini takdelah extreme…kitorang biasa-biasa je…Budak-budak ni walaupun alim,kitorang tetap g jogging,picnic,dikir barat,buat bungee jumping lagi..hehhee..dun worry….hehehhee…Insyaallah mereka adalah insan-insan yang membina~


Sekian,
Salam sayang dari kejauhan penuh kerinduan,
Izatul aini@akak

3 comments:

  1. im touched.....t_T
    kite syg mak juge...=)

    ReplyDelete
  2. izatul...
    sy nges bca surat awk utk mak...
    smoga cepat balik...rmai yg rindu...
    TTTTTTTTT_TTTTTTTTT

    ReplyDelete
  3. entah2 bla anak kak azie besar nanti mesti dia wat surat mcm zatul.sedih baca surat awk...mudah2an awak mnjadi anak yg soleha.amin....

    ReplyDelete