Thursday, July 1, 2010

JUNZ - Jangan suka-suka nak bercakap dengan brothers(^_~)




*Gambarku bersama peserta program JUNZ 2010 yang lain milik saudari Fairuz Sallehuddin. Turut disertakan,gambar kenangan di Kem Mahasiswa Luar Negara 2009 yang sangat best.


JUNZ: Program Jalinan Ukhuwwah New Zealand ini bertempat di Kaitoke Camp,Wellington.

Alhamdulillah aku turut berpeluang mengikuti program sepanjang 3Hari 2 Malam ini bersama peserta-peserta dari Welly,Dunny,Auckland.

Pada mulanya hati sedikit gusar sebelum melangkah pergi kerana aku satu-satunya TESLIAN IPSAH Cohort 1 yang join programme ni tetapi Allah telah mempermudahkan urusan dengan menanam sedikit keyakinan dalam diri.

Sebelum aku melelapkan mata pada malam keberangkatan ke camp tersebut,Allah juga telah memberi kelapangan dalam bentuk kewangan bilamana Abah text aku - Memberitahu bahawa beliau telah memasukkan sejumlah wang yang jumlahnya lebih banyak dari yang kubayar demi untuk menyertai program tersebut.

Sebenarnya,ada yang kurang bersetuju dengan penyertaanku atas faktor kewangan tetapi Alhamdulillah,Allah nak suruh aku pergi dengan berlapang dada tu.Huhuhu



Mari kita ikuti kisah selanjutnya:::

Moral of the story:Jangan suka-suka nak bercakap dengan br0thers(^_^)

Aku tengah sibuk merek0d.
Merek0d indah ciptaan Tuhan – hijau bumi Tuhan.
Tiba-tiba kuterdengar satu suara memanggil namaku.
“Izatul!”.
Bila terpandang kelibat insan yang memandangku,rasa cuak menghantui diri.

Oh man,apakah?
Habis semua datang pada aku.
Aku bukanlah jenis yang men*****.
Tetapi secara tiba-tiba bakat itu datang.

“Damn it – shit – g0sh – I’m dying (Ini sajalah yang aku tahu,ini sahaja yang aku mampu - Dalam hati sajalah- Gelak::Haha).
Tapi sungguh,kecuakan menghantui diriku.
Dia ni biar betul……

Katanya,
“Izatul,kan?”
Aku blur.
Nodding.
“Yup”,kataku.

Sebenarnya aku kenal insan ini, tetapi tidak kuingat namanya.
Jadi aku mencuba seboleh mungkin untuk tidak menyebut namanya,tidak mahu insan ini berkecil hati.
Oh ya, kami pernah sekumpulan semasa terlibat dalam program BTN Mahasiswa Luar Negara 2010.
Hanya sekadar mengenali.

Orang kata rambut sama hitam,hati lain-lain.
Betullah.
Apapun,aku amat positif bahawasanya beliau hanya sekadar bertanya khabar.
Dan lagi pula,setakat yang kukenali,beliau agak open orangnya,memang agak peramah sama ada dengan rakan-rakan perempuan atau lelaki.
Insan ini bagiku penuh berbudi bahasa,ramah bicaranya.

Tetapi keperamahan beliau menegurku di tengah ramai agak mengejutkan,terutamanya di tengah-tengah program sebegini.

Aku dengan penuh rasa bersalahnya menjawab sapaan beliau dan kami berbual ringkas tentang khabar masing-masing,tidak lupa juga tentang rakan-rakan sekumpulan kami yang lain.

Err..aku ingat lagi betapa huduhnya muka aku di saat itu.

Aku rasa cuak kerana memikirkan sister-sister yang lain sedang memerhatikan lagak kami.
Jelas terbayang di ingatanku betapa aku tidak tahu riak wajah bagaimana harusku pamerkan.
Kelat mungkin.
Teruk betul,huduh.
Gelak:: Haha

Sungguh tidakku tahu bagaimana harusku berhadapan dengan situasi sedemikian.
Kejap aku ke depan,kejap ke belakang.
Masukkan tangan dalam p0ket,keluarkan,masukkan.
Harus buat apakah sekarang?
Aiskh
-Gelak lagi::Haha

TETAPI

Tiba-tiba sedang kami saling bertanya khabar, muncul satu suara menampar pendengaranku(ceh ayat..)
Katanya.”Izatul,mari tolong akak angkat barang.Barang-barang ada yang tidak kemas lagi.Mari”,katanya penuh lembut.

Mungkin sister tersebut sedang mengingatkan aku tentang barang,mahu daku menolongnya,tetapi sebenarnya beliau sedang berbicara tentang batas.

Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Waktu itu,air muka aku yang telah mula berubah sejak mula tadi,kembali jauh berubah.
Kali ini lebih teruk lagi.
Wat da….

Aku malu,sungguh aku malu.
Aku malu pada sisters yang lain,kerana terlibat dengan perbualan yang tidak sepatutnya, dan tidak pula punya kekuatan dan kebijakan untuk mengelak situasi tersebut tetapi aku tidak tahu kenapa rasa malu itu sebenarnya lebih kepada diri sendiri.

Kami kemudiannya mematikan perbualan kami dengan bertukar salam.
Kurasa,masing-masing ‘get the message’.
Okay.
Kami pun berlalu pergi.

Dan seperti yang telah ku agak,sebenarnya tiada barang pun yang perlu diangkat.
Sudah terang lagi bersuluh,semua barang sudah pun habis diangkat (^_^)
Bagiku,itu satu bentuk pertolongan.

Jika kamu di tempatku,apakah yang kamu rasa?
Malu?
Marah?
Aku rasa berterima kasih.
Rasa diselamatkan.

Terima kasih kepada sister tersebut kerana menyelamatkanku dari situasi itu.

Sebenarnya,jika aku adalah aku yang sebelumnya,aku akan punya tendency untuk berfikiran buruk dan berprasangka tidak baik terhadap sister tersebut.
Tetapi Alhamdulillah,setelah mengikuti program Jalinan Ukhuwwah New Zealand 2010 ini,mentalitiku mula berubah.
Aku mula sedia melihat kejadian ini dari sudut yang positif.

Aku rasa sister tersebut layak menegurku.
Kenapa?
Aku ada jawapannya.

Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Allah Maha Besar.
Pada malam sebelum kejadian,Allah telah menunjukkan sesuatu padaku.

Pada malam tersebut,mataku jatuh pada sister tersebut yang sedang membuat sedikit perbincangan bersama Ustaz Halim dan AJK-AJK lain.
Kuperhati.
Kuperinci.
Kulihat ada jarak di situ.
Ku lihat di mana jatuh pandangan matanya.
Kulihat bagaimana bahasa tubuhnya.
Sungguh sempurna.
Benar dia layak menegurku.

Dikatakan tiada perkara yang berlaku secara kebetulan,waima sekeping daun gugur di muka bumi,semuanya adalah di dalam pengetahuan Allah SWT,juga di bawah perancangannya.
Begitu jugalah kisahku ini.

Tetapi sungguh,bila kuingat-ingat kembali,rasa ingin tergelak pun ada bila aku ingat ‘muka bersalah’ yang kupamerkan terhadap sahabat tersebut.
Gelak::Haha.

Untuk beliau,terima kasih sahabat kerana sudi bertanya khabar.
Tetapi untuk program-program ini,mungkin agak kurang sesuai.
Sungguh saya tersentuh dengan 'kewillingnessan' kamu untuk saling berukar cerita tetapi mungkin ada cara yang lebih baik lagi,yang mana perlu saya dan kamu pelajari.

Untuk sister tersebut, terima kasih.
Terima kasih kerana membantu menyelamatkan saya dan menolong saya ‘mendecide’ what I have to do at that particular time.
Yeah,it’s true that Allah yang gerakkan hati kamu untuk tegur saya/kami,tetapi,TERIMA KASIH.

Buat diriku pula,aku masih banyak lagi perlu belajar tentang adat-adat berbicara/bergaul/berkomunikasi dengan para Muslimin.
Insyaallah aku akan belajar lagi.

Benar,kejadian ini belum sepenuhnya mengubah aku tentang aspek pergaulan antara lelaki dan perempuan,tetapi sungguh,ia telah membuatku berfikir dengan lebih jauh lagi akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Insyaallah.Amin.

Surat Untuk Emak








SELAMAT HARI LAHIR,MAK!
Modd: Happy sebab dapat hadiahkan Mak HANDBAG,sesuatu yang Emak minati dan mungkin hajati setelah sekian lama?
Kurasakan pencapaian terbesarku setakat ini.
Terima Kasih Allah SWT yang Baek Hati,tidak lupa juga kepada Ayahanda kesayanganku.

*************************************************************************************

Rasa memiliki membawa kelalaian
-Peribahasa Jawa

Huhu..macam betul je.Mak mungkin tak tahu,tapi…akak selalu bergantung harap pada Mak.Bila akak sakit,susah…Mak dan Abahlah orang yang pertama akak cari.

Akak ingat lagi…dulu masa akak kat IPSAH,akak tak risau pun…sebab akak tau akak ada Mak dan Abah..akak rasa selamat..sebab akak tau,walau apapun yang jadi kat aku,Mak dan Abah akan datang selamatkan aku..walau dengan apa cara sekalipun..

Walaupun bukan sepenuhnya,kebanyakan masanya segala masalah,kesukaran,masalah dan halangan dapat diatasi dengan adanya Mak & Abah.Bila difikirkan,hebatnya Mak & Ayah aku,sebab semua masalah aku diorang boleh tolong setel.Campak je lah apa sahaja,semuanya bisa diatasi,bisa ditangani..dengan masa,kudrat,WANG RINGGIT(hahhaa), perhatian,kehadiran…doa,solat hajat.

Akak dari dulu perasan..ada beza bila akak jauh dengan mak dan abah(masa kat IPSAH), dan bila akak kat rumah(bila balik cuti).Satu benda yang paling ketara – bila akak jauh dari rumah,dari Mak Abah,akak selalu ingat Tuhan…tapi bila kita dekat,akak selalu lupa pada Dia…hehhehee..lupa diri betul budak ni.

Mungkin sebab yang kat atas tu lah – Rasa memiliki membawa kelalaian.
Bila akak sorang masa kat IPSAH,akak selalu baca Quran..akak rajin sembahyang.Tafsir tu dulu akak selalu baca sebab akak tak tau nak pergi kat siapa,nak berpegang pada apa..

Tapi…bila akak kat rumah,akak lupa semua tu..akak lepas semua benda…semuanya sebab satu je – sebab akak tau akak ada Mak & Abah.

Aiskh,tak patut betul.Sangat.

Akak rasa selamat.Rasa dilindungi.Akak rasa,datanglah apa sekalipun,asalkan aku ada Mak dan Ayah aku tu dengan aku ,aku tak kisah.Aku boleh tempuh.

Bila akak sakit…akak nak Emak.Akak rasa Emak penawar.Kalaupun takde ubat,...ada Emak,rasa lega,kurang rasa sakit..kadang-kadang,bila akak rasa sakit,akak tak kisah pun sakit tu,akak lagi kisah Mak ada ke tak..akak nak Mak..Mak selalu layan akak bila akak sakit..Mak demah dahi akak,masakkan akak sedap-sedap(hehehe),tidur dengan akak…Abah pulak jadi Hero..hehehe…tolong cari ubat,belikan makanan best2..ajak tidur sama..Dari dulu lagi,akak anak yang paling bermasalah…akak selalu sakit.Dah berapa ratus ribu puluh sa entah duit Abah habis sebab sakit akak…




Mak,terima kasih sebab selalu menggembirakan akak dengan pemberian-pemberian Mak..Mak selalu belikan akak itu ini…walaupun Mak tak kerja,Mak selalu usahakan hajat anak-anak…kadang-kala dan selalunya,melebihi dari keperluan dan hajat diri sendiri…Akak tak taulah kalau Mak pernah rasa terbeban/terkilan dengan kehendak anak-anak yang pelbagai,sehingga terpaksa mengenepikan keinginan diri sendiri,lagi-lagi akak…walau apapun,akak nak Mak tau, yang akak berterima kasih atas semua yang pernah Mak lakukan,dan berikan….TERIMA KASIH ibuku sayang…Hanya Allah SWT sahaja yang bisa membalas semua jasa dan pengorbananmu…Ni ada satu ayat untuk Mak.(Konon nak sedapkan hati lepas menyusahkan Mak bertahun-tahun..hehhee) –“Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya”.



Nak tambah sikit - Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail…hehehhee.,habislah anak aku,kata Mak..tiap-tiap benda dia dah mula bagi ayat,firman Allah SWT…ah,sudah…hahahahhaaaaa.




Mak,Mak tau tak yang Mak ni baik orangnya?Akak sebenarnya tak tahulah sama ada akak rasa Mak ni baik sebab Mak ni Mak akak atau akak rasa Mak memang baik orangnya..tapi akak rasa…Mak memang baik.Dalam dunia ni,Maklah orang paling baik pernah akak jumpa..Akak cakap ni bukan sebab Mak emak akak,tapi itulah yang akak rasa.
Akak rasa Mak orangnya penuh ikhlas.Orang kata,ikhlas itu sukar diketahui..Hanya Allah yang Maha Mengetahui…sebab ikhlas itu antara kita dengan Allah…tapi,itulah yang akak rasa..ni dah puji nih jangan lupa diri pulak..hhahaaaaa




Mak,kalau ikutkan hati,banyak yang ingin akak coretkan,tulis..tapi… ni dah berapa baldi dah air mata keluar ni…hehhehehe..



Mak jangan sesekali fikir akak lupa setiap perkara yang pernah kita lalui…sepanjang 21 tahun membesarkan akak..Tak Mak,tak…akak tak pernah lupa…Mak silap besar kalau Mak ingat akak tak pegang,simpan,rakam, setiap jasa,budi,pemberian,kebahgian,pengorbanan,masa dan kenangan yang telah kita lalui bersama…setiap kenangan yang kita pernah lalui,walaupun hanya pada hari-hari yang biasa,walaupun cuma perkara biasa seperti makan,perbualan,tidur, akak tak pernah lupa itu…tidak sama sekali.
Cakaplah bahagian mana,bila,hari apa…semuanya terakam kemas dalam minda akak nih..semuanya akak pegang dalam memori akak,ingatan akak.Takkan pernah padam,takkan pernah akak lupa…jadi,Mak janganlah sesekali pun terfikir..Ingat ke anak aku ni pada aku?Ingat ke dia atas apa yang telah aku curahkan padanya?Sedar ke dia setiap pengorbanan yang telah aku lakukan? Setiap titis air mata,kesedihan,keletihan,perhatian,kasih sayang,yang aku berikan padanya..sedarkah ia??? Mak tak perlu tanyakan semua ni ,sebab…Ya,akak memang sedar,,,akak tahu,,,akak hargai setiap jerih payah dan kesukaran Mak,suka duka Mak membesarkan akak,membesarkan kami adik-beradik….



Walau apapun,akak tahu..ada pahit manis yang Mak lalui sepanjang membesarkan akak,membesarkan kami,yang tak akak ketahui…akak tahu,ada sesetengah perkara berlaku di luar pengetahuan akak,.yang Mak tanggung seorang diri…akak mintak maaf kerana akak tak banyak membantu,kerana akak tak pernah belajar untuk memahami…walau apa pun,TERIMA KASIH kerana tidak pernah pergi…Terima Kasih kerana terus bersama kami..kerana terus bersama Abah…kerana terus bersama akak…Mak tahu,akak pernah terbaca- “Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.” Akak sebenarnya tak tahulah apa maksud tinggal dengan anak-anaknya kat sini,tapi akak bagi jugak…hehehehee…




Mak,sempena Hari Lahir mak kali ini,akak nak mintak sedikit keberkatan dari Mak.
Mak,halalkanlah setiap titis air susu yang pernah Mak berikan.Lebih dari itu,halalkanlah segala-gala yang pernah datang dari Mak…SEGALANYA. Halalkanlah kesemua yang pernah akak ambil dari Mak,di luar dan juga di dalam pengetahuan Mak.Halalkanlah juga kesemua yang pernah Mak berikan pada akak.
Lebih dari itu,ampunkanlah segala dosa akak..sama ada sengaja atau tidak..yang TERUCAP ataupun yang TERDETIK DI HATI..Maafkanlah…setiap ucapan,perbuatan,lintasan di hati,zahir dan juga batin,ampunkanlah…Ucapan “ahhh’,walaupun hanya sekadar satu bentuk gurauan,Maafkanlah…Setiap wajah kurang manis ,muka masam(hehehehhe),tingkahlaku yang ditunjukkan yang berbentuk kedurhakaan, sama ada di depan atau belakang Mak,Ampunkanlah…



Ringkasnya,…Emak,maafkanlah akak ya…atas semua dosa yang telah akak lakukan pada Mak…semua…Halalkanlah segalanya…Emak tolong jangan ambil mudah permintaan akak ni…akak betul-betul berkehendakkan keampunan dan kemaafan Mak itu.




Akak harap hidup akak ni diberkati,diredhai Allah..Akak juga mahu menjadi anak yang diredhai kedua ibubapanya…Telah Allah berkata, (Kalau tak silap) - “RedhaKu adalah redha kedua ibubapamu terhadapmu…Manakala marahku adalah marah kedua orang tuamu”.
Akak tak tahu berapa banyak dah bentuk “kemarahan” dan “ketidakredhaan”,lagi teruk lagi,”kedurhakaan” yang akak dah buat sepanjang akak hidup dengan Emak..huhuhuhu



Tapi akak tahu,Mak akan memaafkan akak..kalau akak tak mintak pun,akak percaya yang Mak selalu meredhai akak,tidak pernah simpan rasa marah,apatah lagi berdendam.Insyaallah, dengan berkat dari kemaafan yang Mak hulur dari jauh di saat Mak membaca surat akak ini,akak akan menjadi insan yang lebih baik…Muslim yang lebih baik…Amin.


_Part ni tak boleh share,private_seterusnya:


Lagipun akak pernah terbaca, Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". So,Mak tolonglah doakan akak sekejap ye…Tapi,akak pun pernah terbaca,kalau tak silap akak….antara perkara yang Insyaallah tidak akan ditolak Allah SWT adalah doa seorang ayah terhadap anak-anaknya(selalu ingat Abah bila fikir benda ni..hehheheee)..So,tolong d0akan saya ye!(^_^)



Mak,Mak jangan sekali-kali terfikir,- “asyik aku je yang doakan Suami,anak-anak…takde siape pun yang doakan aku…..”. Semua ni tak betul.Mak tahu tak,setiap kebaikan yang kita doakan terhadap orang lain,tanpa dia mengetahuinya,Malaikat pulak akan doakan pada kita…kita akan dapat segala bentuk kebaikan yang kita doakan terhadap orang itu(Kalau tak silap akak la..).


Jadi,Mak tak payahlah risau kalau-kalau takde orang nak doakan Mak dah,,,lagipun,doa Malaikat,power tu…haahahaha…Tapi,akak selalu doakan Mak…doakan Abah,doakan kita..Selalunya ayat akak…”Aku dan kedua ibubapaku”…tapi sekarang akak dah mula tambah – “saudara-saudaraku”..sebab akak dah mula risaukan Abgpis,Fatihi dan Titi…Lagipun,satu kesilapan besar kan kalau kita berdoa tanpa mendoakan orang lain.



Hm……bertuahnya hidup menjadi seorang anak yang didoakan kedua ibu dan bapanya…
Akulah antara anak yang bertuah itu….Insyaallah.

Mak,jujur akak cakap..akak tak pasti sama ada akak dapat jumpa Mak lagi ke tak…akak tak tahu sama ada akak berpeluang lagi ke tak untuk peluk Mak,cium Mak…berjumpa dengan Emak. Terasa satu ketakutan bila memikirkan yang akan ada kemungkinan kita tidak akan berjumpa lagi.


Tapi..akak akan belajar untuk serahkan segala-galanya pada Allah SWT.
Kita masing-masing kena terus kuat,kita perlu tabah..kerana kita ada Allah.



Mak,abah..ni ada sedikit bahan bacaan untuk Emak dan Abah..akak tak mintak Mak dan Abah percaya..malah mungkin menjadi satu dosa pada akak kalau Mak dan Abah percaya benda ni bulat-bulat…Tetapi,tolonglah baca,walaupun hanya sekali…Akak rasa macam satu tanggungawab pulak untuk menyebarkan benda ni pada Mak dan Abah,supaya Mak dan Abah tahu…supaya bilamana orang semua bercakap tentang hal ini,kita semua tahu apa yang sedang mereka perkatakan..
Harus diingat,ini bukanlah ramalan..ianya hanyalah satu bentuk kajian.




Mak,abah,akak mengaku akak rasa takut bila akak tahu semua ni..tapi bila difikirkan balik,semua ni sangat bergantung kepada kuasa Allah SWT..kalau Dia kata JADI,maka jadilah ia,.Tetapi Kalau Dia berkata TIDAK,ianya sama sekali tidak akan terjadi…
Jadi,akak rasa, perkara terbaik yang perlu kita lakukan ialah kita teruskan kehidupan kita seperti biasa..di samping kita terus berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik…


kadang-kadang bila ingat dosa yang akak pernah buat,akak rasa sangat takut..tapi, bila baca benda ni,sejuk rasa hati: Hadis Abu Musa r.a: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.”Lagipun,Allah kan MAHA Pengampun..sesungguhnya Allah itu Maha segala Maha…huhu…


Lagipun,Allah dah janji – “Wahai anak Adam selama kau berdoa dan berharap kepada-Ku,niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.Wahai anak Adam,jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku,pasti engkau Ku-ampuni.Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi,kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun,pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula”…peh,baiknya lah Allah ni...hehehheee



Hah,yang ni sesuai untuk Abah…Abah memang suka konsep bersederhana dalam beribadah nih…jangan extreme,kata Abah….hehehehe- “"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi).



Mak,jangan pikir akak dah jadi orang dakwah pulak..hahahhahaaa….akak biasa-biasa je..Jangan risau,kawan-kawan akak kat sini takdelah extreme…kitorang biasa-biasa je…Budak-budak ni walaupun alim,kitorang tetap g jogging,picnic,dikir barat,buat bungee jumping lagi..hehhee..dun worry….hehehhee…Insyaallah mereka adalah insan-insan yang membina~


Sekian,
Salam sayang dari kejauhan penuh kerinduan,
Izatul aini@akak

Wednesday, June 30, 2010

Before Fly



Bismillah..
Tiba-tiba aku terasa nak buat blog aku sendiri la..huhu..aku percaya pada kuasa tulisan..tapi,aku tak berapa nak berkenan sangat la share cerita secara terbuka nih…cause macam terfikir sumtime boleh timbul rasa riakk dalam diri pulak…huhu..takpe la,aku fikir positif je..

Aku dah mula jumpa kawan-kawan terdekat sebelum aku sambung belajar this coming February,inshaallah.. aku rasa nervous sebenarnya..takut ah..takut dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang maha mencabar ituhh..aku takut everytime aku fikir how will I survive there..whether I can cope or not..HINI?(haha)..am I gonna b okay??am I gonna mizz my famly badly?will I perform well?About my part time job there(ahahaha) & on TOP of that,aku takuttt ah andai tetiba scholarship aku ditarik balik pada saat-saat akhir(aku pernah terbaca, sesungguhnya perkataan KALAU dan JANGAN haruss kita elakkan dalam kehidupan..oops..)

13Januari ni ada departure meeting lak..kat Putrajaya..Ahhhhh..kurasakan seperti bintang-bintang berkelipan menghiasi kepalaku inih..Nampak tak mereka riang menari-nari di kepalaku? Tapi as usual,aku kuatkan semangat..semangat2!Bak katanya sahabat kesayanganku, “Sesungguhnya segala ujian,godaan,gangguan,dan tentangan itu diizinkan Allah..DIIZINKAN.”.Maka,aku perlu menghadapinya..ive been fighting for 23years(huhu..)..n I will never stop fighting..keep on fighting till the end,Izatul.. Tuhanku Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini..AMIN..


-Ada insan terpilih berkata,aka macam tak ramaii kawan??..saya rasa dia nih tak pernah makan tangan kot..hoho..tetapi amat benar kenyataan belaiuu ituh..[TAPI saya tak tahu kenapa tetiba saya rasa sedih apabila terkenangkan s0alan beliauuu inih….s0b2]Memang betul pun..saya ni payah nak berkawan..saya mengaku itu..saya selalu stick dengan sum particular person jewr..so,ada apa masalah?lalallala… Hm..well,its me!!kamuu boleh kata apa saja.kamuu berhak untuk berkata apa yang mahu kamu katakan..malah,mereka-mereka yang membaca coretann aku nih pun belum tentu seseorang yang layak untuk dipanggil kawannn…I mean,kawan kepada aku,diriku inih - Izzah al Aini,Izatul Aini…ada aku kisah?lallalalaallaaa...saya nak berhenti menulis la..0o,sblm itu..


Hm..saya rindu si 21September..Sungguh aku RINDU…Tuhan,KAU peliharalah kesejahteraannya dunia&akhiratt..Berikan kebahagiaan yang aku cita-citakan untuk dihadiahkan kepadanya,walaupun mungkin kebahagiaan itu datang dari insan lain..im hapy IF he’s hapy.

Kadangkala..
Hidup kita selalu penuh dengan kadangkala..
TAPI
Kita selalu tak sedar bahawa kadang-kadang itu biasanya dan selalunya ..
Entah..aku pun tak tahu nak sambung apa dah..huhu..sengal betul..

ALLAH,aku rindu dia..Sungguh aku rindu..
Ya Tuhan,Kuatkan hatiku…
Sebagaimana kuatnya rindu daku pada insan yang bernama KEKASIH..

21September in mem0ry..Benarlah kata sep0t0ng ayat, sesungguhnya, JODOH ITU RAHSIA ALLAH.
Hanya Tuhan saja yg mengetahui apa yang terbaik buat kita..Buatku..Buatnya..Mudah-mudahan.

Assalamualaikum.

Kisah Kasih




Ini juga salah satu cubaan saya dalam menghasilkan karya(^_^)

Assalamualaikum Irham Amsyar ,
Terima kasihlah sebab at a point, kau pernah buat aku rasa happy sangat dengan kehadiran kau sebagai kenalan, rakan, rakan pelajar, dan someone special dalam hidup aku.(bnyak kali da rasanya aku ulang ayat ni ,huhuhuhuhu) Terima kasih sebab banyak ajar aku.Aku banyak belajar daripada kau..both in our study and also in life. Aku rasa kau ni baik orangnya, luar dan dalam. Kekalkanlah. Wah, bertuahlah that girl yang dapat u tu..hehehehe..last but not least, macam biasa..aku harap kau sukses in whatever u do..

Irham Amsyar- aku takkan pernah lupa satu nama ni. Seseorang yang pernah I share my teenage life with, the sense of togetherness and belonging with him.. akan sentiasa tersimpan kemas dalam kotak ingatan aku ni, walau pun kau ada dalam hidup aku sekejapan cuma, I will always appreciate it...cis, tangkap syahdulah pulak..hahahaha....

Teman yang budiman,
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku
Sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kau sentiasa mengingati diriku.

Mudah-mudahan..INSYALLAH.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke akhirnya.


5/19/2008 12:59:15 AM

----- Pada Syurga di Wajahmu-----

U’r here
Theres nothing I fear
N I know that my heart will go on
Will stay forever this way
U are safe in my heart n my heart will go on n on

Bismillahirrahmanirrahim.
In the Name of Allah.

Irham baru je bagitau aku dat bla bla bla bla...Amni gak. Kebetulan. Me? I can say dat Im quite disappointed...aku x nafikan hal tu. tapi at least sekurang2nya dah lepas satu burden aku. ALHAMDULILLAH. Terima kasih Tuhan. Apa yang berlaku, biarkanlah berlalu. Juz let go. Aku akan let go dia, INSYAALLAH. Semua lagu2 tema kitorang (Hahahaha) –sepasang kurung biru, n ntah ape2 lagi... all the sweet memories, dan segala macam rahsia antara aku dan dia akan aku simpan kemas dalam lipatan kenangan hidup aku ni. Baguslah dia dah ada someone else. Aku pun x perlu rasa bersalah lagi. X perlu lagi tertanya2, X perlu lagi terpikir2, x perlu lagi buat telahan sendiri....segala macam hipotesis,inferens dan sebagainya dah x perlu lagi...hahahaha..dan sudah tentu, segala proses pencantuman ovum dan sperma aku dan dia pun takkan berlaku sama sekali...kahkahkahkah....

Its good for him, and also good for me too...ceh...ikhlas ke tu..huhuhuhu. betul lah, nak ikhlas macam mana lagi. It has been almost setahun lebih, so no wonder this thing happened. Dia pun sekarang blaja kat tmpt org, merantau...so, ada bnyak pilihan, ramai kenalan... mcm aku gak....di bumi bertuah ni, semuanya berlaku..dia dah berubah, aku pun bukan lagi aku yang dulu...cewah...mestilah, people change what...kita belajar dgn orang2 disekeliling kita...pengalaman mematangkan kita..rakan2 mendewasakan kita..Awex? Bf? Melayani kerenah kita..Huhuhuhu.

Aku dah tengok dah gambar dak tu. Banyak kali aku tengok, to compare and contrast (hahahaha)..sweet gak orangnya,. Hmm.. aku ni nk komen orang pn, aku ni sape...hohohohoho..pandai Irham pilih..bibir dia seksi..mcm bibir Irham gak

Hm..Aku harap bdk tu okay orangnya.nmpak mcm okay je...hopefully.. Aku x dapat bayangkan macam mana lah kalau Irham dapat gurl yang suke control dia, meninggi suara dengan dia..Oh tidak,dia tidak layak itu..really.aku cakap kat dia, kita biasanya akan dapat partner yang sama karakter dengan kita, cermin diri kita..kalau ada perbezaan pun, adalah untuk melengkapi antara satu sama lain..cis..pandai betul aku cakap..buat tengok..hohohoho..tapi betullah, harap2 dia dapat gurl yang baik. Kadang2 kita baik, tapi partner kita macam ape ntah perangai..tu ujian sbnrnya tu..aku cukup percaya tang satu ni,, tapi kalau diberi peluang, x maulah.. biarlah yang molek sikit perangai..rosak anak2 aku nanti..huhuhuhu.

Irham MMS gambar dak tu, pastu suruh aku comment. Manalah aku tau nak komen pe.aku juz cakap dak tu ok..sepadan dengan dia..memang lah, kita bukannya totally bley “baca” orang takat tengok gambar je.. tapi kali ni aku rasa dia ni memang betul2 seriuslah nak usha dak ni, kalau x, xdenya dia dok sibuk2 mintak pendapat aku..All the best lah sahabat!!!!

Sahabat ? TEEEEEEEEEEEET..Opsy! aku dah x rasa sesuai dah guna term ni dengan dia..yelah, biasanya orang kalau dah kapel ni, terikatlah jawabnya..lagi2 perempuan, pantang giler kalau pakwe dia kawan baik dengan gurl lain..aku x tau nape, tapi bila dah kapel, aku selalu anggap yang connection antara kita n kawan2 yg berlainan gender dengan kita akan putus terus,, kena pulak kalau dapat partner yang kuat cemburu..Hai..Nasiblah Labu..hehehe..Irham pulak aku tau jenis macam mana.. kalau dak tu x bagi kitorang kontek, then that’s it. Dia akan buat apa saja untuk budak tu. He will do whatever it takes to win her heart..and also dia akan buat apa saja for the Queen of his heart. Whatever.I know that.

Aku rasa aku kena blaja terima yang kitorang dah x bley berkawan macam dulu lagi. He has got somebody special what..aku kena respek dia..macam tu gak dengan aku, takkan lah nak sibuk2 msg pakwe orang..giler..hahahahah..hahaha lah, dalam hati,huhuhuhuh..Huh! Well, that’s life!

Sekarang ni kena belajar jarakkan diri dari dia. How? Kurangkan msg..kurangkan calling2..treat him as a friend..FRIEND, not anymore a goodfriend..do this for ur own good, then u’ll feel relieve..slow2, amek masa, sabar, be rational..tu je, INSYAALLAH bley..kita x bley expect orang akn sntiasa stick dengan kita je..cannot..never..sampai masa, mereka semua akan pergi..SEMUA..Cuma x tahu bila dan bagaimana..Is it hurt? Or is it bad? How? Semua kita x tahu..juz follow our fate je lah, k?

Apa sajalah.

Duhai hati, tenanglah dikau..ceh..hahahahaha.

""""""""If I knew it would be the last time
I’d hear ur voice lifted up in praise
I would video type each action and word
So I could play them back day after day."""



*Ni la masalah aku.Payah nak buat ending.Aiskh!Huhu

Diaryy kehidupann



Dear Diaryy kehidupann

Bismillah
6.15am – time t0 wake up ! Ya ALLAH,sem0ga subuhku bercahaya,zuhurku ceria,asarku ser0n0k,Magribku penuh keampunan dan isyakku penuh keberkatan..insyaallah, wit dat in my heart,I will be smiling all day l0nggg..AMIN..walaupun kengkadang 0o slalunye idup penuh pressure n airmate..huhu..b’hadapan dgn kije n kerenah manusia yg maha mencabar nihh..). ak cukup ske ble ak bangun tid0,ade msg dlm inb0x ak..usually it c0mes fr0m my l0vers – parents,frenz…early in da m0ning..tp xnk check dulu,pas siap2 nti baru bukak..huhu



Siap2,take a bath..kal0 ari ujan,rase sejuk,haruss ak mandi kul 7sumting..h0h0..xrela tubuhku ini dikejutkan dgn aruss kesejukann..perf0rm my s0lahh.. praying,h0ping,wishing,planning…dreaming?!

Breakfast,cam bese..0att..evn xsedapp,tp kenyang maa..sbnrnye cuz mlaz nk wat bekfess..huhu..plus malaz nk kunyah…0at kn sng,telan je..huhu..ad0i..kunyah pn malaz ke..

Ak orgnye simple je..minatt make up2 nih,tp xpndaii ahh..huhu..ak juz grab pe yg de..pkai pe yg selesa..0nce in a while je ak merajinkan diri berhias diri..chewahh..especially when im dating sumb0dy l0r..is it??n0t really dating lar,juz meeting,spending my time wit my pren..sum 0f my prenz..lg satu,time ade 0ral presentati0n…markah lebih tuhh..h0h0



7.59a.m terpacak depan claz kebanggaanku..Z 1A..da 5sem d0k claz nih..berjaye mengekalkn rek0d nmpknye..h0h0..let me stay in A claz ea Madame?huhu…ak slalu jd late c0mer.. 0rg slalu dtg berdua2an,b’pasangan,in gr0up,tp ak s0rang2 sudaa..l0ne ranger..sape suh ske dtg claz lambat..ak ckp ske time tut0rial..bluffing time!suke bangat sihh!!sem nih lecturer ak sume nyer….thumbs up! Mdm Ng,Mdm Quinie,Mr Amareson,Mr Mastor Hemdi..sedapnye nape beliauu..n ustaza C0op..b4 dat,cam bese..d0k tepi c0rrid0r,tep0n mak dulu..muzik kegemaran hatikuu..n t0 rply n texting insan2 yg kusayanggi t0 say gudm0ning..0o..saying gudm0ning t0 th0se I luv is part 0f my life..nmpk simple,but I juz luv it!!!



~WORKING HOUR, SOCIALIZING TIME, TIME TO IMPROVE~insyaallah~
Sambung nanti ahh cite..bye guys!

Monday, April 12, 2010

Birthday Si Gula Kapas







Happy birthday sayangku sebulat gula kapas(^_^)


Fatihi,tengok awk kat atas tuh..cumey kn..
Abgpis lak p0se baek punyer~

Dari kecik lagi Mak slalu cakap; awk anak dia yang paling nakal,paling keletah.Maksu pun cakap macam tu. (Tengok gambar pun tau betapa hypernya kamu…hehehe). Mak kata habit awak masa kecik-kecik dulu yang dia takkan lupa- awak suka baling botol susu lepas dah habis hisap. Baling pulak tinggi-tinggi ke udara,suka hati saja,ikut suka.Kalau awak duduk dalam buai tu,piung….terbang botol.Nasib tak baik sikit,abeslah kepala orang.Mak pernah cakap,pernah botol susu yang awak baling tuh kena tepat-tepat kat muka Mak..sakitnya kata Mak..pakai je awak kecik,kalau tak mau di smackdownnya awak...hahahaa.


Itu ok lagi.Tapi part yang akak tak bley tahan part mak cakap awak suka gigit orang..Dan mangsa gigitan awak yang utama pada ketika itu adalah akak! Cis..how dare u!Hahahhaa.. (Sebab akak kan baru kuar masa tuh…Mak cakap agaknya awak pelik kenapa akak ada…huhuhu). Bukan setakat tu je, Mak cakap bukan setakat gigit,kadang-kadang pantang lepa sikit,naik kaki awak ke badan akak ni…mana-mana yang sempat,zappp…ada kesan kaki awak….hahaha…isk2,dashatnya abang aku…nak balas balik r…Muahahhaha.. Dan lagi, Mak kata,kalau awak geram sangat awak suka gigit orang...Dan selalunya mangsa utama awak sebelum kewujudan akak adalah Emak..hehhehee..pantang Mak dukung awak sikit,kalau awak tengah geram…zrapp!!!berbekas bahu Mak digigit awak…Itulah kasih seorang ibu…Tahan je bila digigit si anak…hehhee….Mak KITA..Emak kebanggaan kita(^_^).


Hm…abang saya,saya sayang kamu…saya tak tau macam mana nak cakap betapa sayangnya saya pada kamu.

Selain Abah dan Mak,awak,Abgpis, & Titi lah orang yang paling akak sayang(^_~).





Fatihi,
As kids,we lived together.
We fought,we laugh,we cry.
We didn’t always show the love,
that we both had inside.
We shared our dreams and plans,
and some secrets too.
All the memories we share,
is what bonds me to you.


Thanks sebab selalu temankan akak balik– dalam erti kata lain,memendekkan masa cuti awak di rumah..huhu…akak ingat lagi bila awak terpaksa turun di Sungai Petani pada pagi hari ,pastu baru amek bas yang bermacam-macam untuk ke Arau…dan sampai hanya setelah berjam-jam kemudiannya di rumah…teruknya saya ni waktu itu(++).

Tenkiu sebab selalu msg saya,selalu tepon saya…dan sekarang,selalu mengonlinekan dirimu untuk saya..Adanya kamu membuatkan saya rasa saya tak pernah jauh dari keluarga..Kadang-kadang(dan biasanya,,hehhe),Abgpis sibuk,Titi pun busy..awak yang selalu kontek dengan akak,so akak still rasa ‘keadik-beradikan’ masih lagi wujud…huhuhu…time kaceh.

Dan lagi,yang paling penting sekali…terima kasih sebab selalu berkongsi suka duka dengan saya…especially suka duka saya(^_^) Bila saya ada masalah,selain dari adik-beradik kita yang lain, saya selalu kongsikan masalah saya itu dengan kamu…Dan saya akan terus mahu berkongsi segala suka duka saya bersama kamu.. Hehee..abeslah kamu..well, "brother is sumone to look up to no matter how tall ive grown”…blueks~



Abang Pati sayang,awak jaga diri baik-baik tau...dalam meniti usia awal 20-an,sentiasa ingat - Bila awak jatuh,jangan pernah serik untuk bangun kembali…untuk terus mencuba lagi,untuk kembali berdiri,dan untuk terus berlari.Tak kiralah dalam apa jua hal sekalipun.

Dan juga...apabila ada masanya awak terasa seolah-olah semua orang mengkhianati awak(walaupun mungkin keluarga dan teman baik sendiri),ingatlah..DIA setia di sisi..0keyhh?

Lagipun,katanya Julia Sorel(ceh..),"If you're never scared or embarassed or hurt, it means you never take any chances.”

So Ahmad Fatihi Kamel,promise me that you'll give faith a fighting chance....(^_^).

+++++++Selain tuh,awak tlglah jaga Mak Abah kita elok-elok okay..selain adikberadik kita yang lain,awaklah orangnya yang akak harapkan untuk jaga Mak dan Abah..besar harapan yang akak letakkan pada awak dan juga Abangpis + Titi untuk terus menjaga,menggembirakan dan terutamanya mendoakan kesejahteraan Mak dan Abah,dunia dan akhirat mereka..tambah pulak awak sebagai anak lelaki..besar tanggungjawab awak.


Pati,everytime awak rasa down/hopeless...ingatlah kata-kata ini,akak hadiahkan untuk awak(rasanya awak dah tau...tapi akak nak bagi jugak..huhu):

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan,yang menciptakan ujian, yang menjadikan sebab sakit hatimu,yg membuat keinginanmu terhalang,serta yang menyusahkanmu..Pasti akan damailah hatimu. Kerana,masakan Allah sengaja mentakdirkan segala untuk sesuatu yg sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu.Te...tapi mungkin itu yg Dia mahukan. Kerana, Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."


Ahmad Fatihi Kamel,
It was nice growing up with someone like you.
someone to lean on,
someone to count on..
someone to tell on!

Heheheh..setakat ini sahaja dulu...akak sayang awak duhai Saudaraku Ahmad Fatihi Kamel.
Forever and ever,we'll be together..in d dark and light.

Saya mahu kamu terus gembira okayyy..insyaallah.
Muahhhhhhhhhh..hahahhahaa.
Ingat senang ke nk bermuah2 dengan Izatul Aini(~_^)

Wednesday, March 24, 2010

Sahabat yang dianggap



Sahabatku FairulRizwan Jaffar,SELAMAT ULANG TAHUN KE-21..
Hm..kal0 0rg len nk wish k0,ak lak sb0k nk BERTERIMA KASIH kat k0 ;)
Time kaseh cuz alwys b der 4 me!!!!!!
Semua btk kaseh syg(ceh..) yg k0 bagi,TERIMA KASIH..
Perhatian,m0ral supp0rt,wang ringgit(hahha),trust…TERIMA KASIH..
Ak syg gler kt k0 shbtku…u r such a gud listener(tapi kadang2 hangin gak ak dibuatnyer k0 nih..huhu).
Ak rse selame nih ak MEMBESAR dgn k0(ceh..hahahaa)..
Rse gumbira ak,sgala btk kesedihan sjk pas sk0la smpai skrg,sume kter k0ngsikn bersame…
Tenkiu s0 muchhhhh ma dear fren..
Aku d0akn agar k0 dipjgkn um0 oleh Allah SWT yg baek hati spy k0 akn terus id0p(m0tif: spy k0 bley terus syg kwn k0 nih)..huahuahua
K0 jge diri el0k2..d0nt let anyting HARM u in anyway..plizzz…
Ak syg k0..ingt tuh…ak xske tgk k0 sedey..s0 jgn tunjuk rse sedey depan ak..life is a challenge nwway…
[kejam bt0l..hahhhaha..]


Pisssss..nti h0pefuly ble masing2 da kawen, wife k0 ley mas0k ngn ak..n k0 ley mas0k ngn hubby ak..sngla kter nk berkawan…kuikuikui~



Nway,aku target nak kawen mase umur aku 24..hahaha..tapi,kalau aku tak kawin sebelum umur aku 30 pun,aku xrasa aku nak risau sangat..sebab aku rasa 30 tuh muda lagi..Lagipun aku selalu percaya,jodoh ni kalau betul da sampai masa,dengan izin Tuhan semuanya mudah.


Tetapi,setelah apa yang berlaku,aku mula merasakan bahawa sebenarnya tiada istilah Sahabat antara Lelaki dan Perempuan..Jika ada,maka persahabatan itu seharusnya adalah sangat hebat..Kerna ia bertunjangkan Allah SWT - bilamana kita mencintai sahabat semata-mata kerana Allah SWT..



Tapi aku..masih tidak sehebat itu untuk mencintai rakan-rakanku kerna Allah.
Masih belum lagi..setakat ini.


0h ya,ini gamba aku tyme kitorang wat kenduri doa selamat before aku fly…maybe ini kenangan terakhir kitorang…if im lucky enough,maybe kitorang dapat bergambarsss lagi bersama2 tyme wedding dier nti kot??hehe..xpun time wedding aku..in 5years time?h0h0h0..


Actually da plan nak camping same2 kalau aku balik summer nanti..tapi,..hahahhaaaha..juz forget about it..aku pun tak rasa aku nak balik Malaysia summer nanti..Baik aku stay in Wellington and menikmati keindahan and keseronokan kota Wellington..lagipun kursus kitorang bukannya lama pun..Skrg tgh plan nak ke Melbourne & Sydney….sumenyer atas usha cik Atia kiter..insyaallah kalau ada rezeki,aku pergi,kalau takde,aku okay je..seperti yang telah kukatakan..Tiada yang Kebetulan..apa yang ada adalah sebuah Percaturan.


Hah,tinguk gamba tuh..kitorang da macam twins kan..
Dier version lelaki,aku version perempuan.
Hahahha..izatul aini likes this~


Hah,alang2 da cakap pasal kawen nih…suka aku nk cakap kat sini bahawasanya(ceh…hahaha),aku selalu ingat majlis pertamaku adalah majlis pertunanganku..rupa-rupanya tidak..ianya adalah majlis d0a selamat..-critical thinking tak bape nak critical nih,ingat bertunang je ke bley wat majlis..izatul2…hahaha..apapun,aku rasa majlis ni adalah hadiah terbaik yang mak ayah aku bagi(tak termasuk wang ringgit ditaburkan sblm aku fly...hahahha)..Tapi syg cuz kalau korang perhatikan,xde sorang pun adik-beradik aku dalam gamba...mereka semua sedang sibuk membina kehidupan yang lebih berkualiti..h0h0..mak ayah aku lak xsuke bergambar-gambaran nih~



Hapybestbufday~
L0ts 0f l0vesssssss – izzah al aini@izatul aini
Ch0wcincau~

Tuesday, March 23, 2010

Surat untuk Mate

Saturday, November 14, 2009
11.54am

Bismillah..
Assalamualaikum mate..
Arini awk da gerak balik,kter terkejut sket...cuz awl sgt..tetibe lak tu...huhu.
Ingt nk ajk kuar tgk m0vie,mkn2 kewr..btw,mekaseh bnyk2 f0r da luvly gift..nice.

Mate,
Spjg hampir SETAHUN lbey kter jd rummate nih,harap2 bnyk madu dari hempedu,bnyk baik dari buruknyer..sbnrnye,sblm awk dtg,kter slalu b’harap agr rummate kter kali nih 0rgnyer xs0mb0ng..n s0lat 5 waktu..itu jewr..tp Alhamduliillah,kter dpt yg lbey baik dari itu..kter nk amek kesempatan kat sini utk ucap TERIMA KASIH yg xterhingge pd awk,sbb kter BELAJAR bnyk bende dari awk..mungkin pd awk,awk xwat ape2pn,tp sbnrnye bnyk sgt..Antarenye,awk ajr kter utk lbey p0sitif,slalu senyum(kter kn ade sindr0m mke malaz snyum..huhu),t0 be m0re frenly,utk menjadi lbey berdikari,n memacam lg r..sbnrnye kter respect ngn awk sbb kter rase awk nih p0sitive thinker,n0t easily giv up..awk slalu impr0ve diri awk f0r the better..kter ckp nih bkn saje nk kipas ea..huhu..it c0mes fr0m deep 0f my heart..

Tapi..satu bnde yg kter xkn lupe ialah ble kter rase awk ni TABAH 0rgnyer..kter xtau pe sbnrnye dlm diri awk,tp dari pe yg kter nmpk,begitulah..especially the moment awk tau yg ayah awk meninggal..kter mtk maaf kal0 dgn bckp pasal arwah ayh awk wat awk bersdey,tapi kter juz nk ckp kat sini jewr,wat kali terakhir..kte nk awk tau yg kte respect gler d way u accept the l0st 0f ur s0 bel0ved father..dan kter,nk awk terus kuat mcm skrg,utk ari2 seterusnye dlm awk meneruskn kehidupan awk..kter tau,awk mungkin pikir,kter sng jewr cakap,hanye awk yg tau..betul..tp kter arap awk terus kuat..lbey2 lagi utk mak awk dan adik2 awk..dan lagi,kter percaye sgt2 yg ayh awk mahukn awk sentiasa gembira,walaupun dgn ketiadaan die..die mesti berlapang dada,lega,kalau die tau anknye Shafikah Zuki,terus tabah..tetap tenang meniti kehidupan walaupun die xdapat berada di samping awk..kter rase awk mesti ingt sewaktu ayh awk ade dulu,die selalu jewr cuba memenuhi permintaan awk dan anak2 die yg lain..dan kite yakin sgt2,kalau die ade skrg,die sanggup wat ape sajer utk tebus segala kesedihan awk kerna kehilangannye. Atas sbb itu, awk kne terus kuat ok?

Mate,
Sbnyrnye kter masih teringat2 lg mse awk peluk kter lpaz awk tau ayh awk meninggal dulu..masih kte rase,menusuk kat dade nih..kter dpt rase btape sdeynye awk..slps mak dan ayah kter,pelukan awk la yg kter rase xkn kter lupe..jadi,andai kate ade ape2 berlaku kat kter pasni terutamenye dlm m’hadapi kehilangan insan2 yg kter syg, kter rase kter bley pinjam sdikit kekuatan yg pernah awk tunjuk kat kter..insyaallah..
Dan kter jgk nk mtk maaf kpd awk,bg pihak ayh awk sbb xjlnkn amanat die..kter ingt lg,die ade psn kal0 awk sakit,tmn g klinik.kal0 xde duit,pakai duit kiter dulu,nti die ganti balik..die mtk tgk2kn pergaulan awk dgn llaki lain..dan mcm2 lagi r(seingat kter la..maf kal0 tersilap..)..semuenye sbb awk jauh..

ble kter ingt balik,kter dpt rase betape sygnye die kat awk(sepertimane sygnye ayh2 lain pd ank mereka). Kter arap awk dapat mafkn kter bg pihak ayh awk sbb mungkir janji,secare sengaje atau tidak..mate,skrg ni kter da xpgg ape lagi ,0k?cukup saje smpai kat sini..(tapi...kter ade ke,xde..selame ni mmg awk bley survive sndiri pn..huhu)

Mate, sebahagian isi surat ni semuenye berkisar tntg penerimaaan awk terhadap kehilangan ayh awk..sbb kter tau,kehilangan sse0rang yg amat disayangi adalah perkara terbesar dalam idup se0rang insan..tapi,msg utame yg kter nk sampaikn di sini ialah..TERUSLAH TABAH(walau kter xtau pe sbnrnye yg awk rase)..

ble awk nanges,time awk pkai bju ayh awk,kter xtau pe the best w0rds kter ptt ckp..kter xtau nk ckp wether its alright to cry atau ape2..sungguh kter xtau.sbb tu la kdg2 ble awk nanges,kter wat xtau,,sbb kter xtau mcamane nk pujuk..maf kal0 awk rase kter bersikap xendah..tapi mate,sumtime its ok to cry..kdg2,dgn menangis akn wat kita lbey lega,rase lbey tenang..kiter slalu percaye,its ok to feel sad,t0 be disapp0inted..but NEVER giv up..rase sdey akn wat kter lemah,xbersemangat,tapi dgn BERPUTUS ASA, ia seolah2 menutup semua pintu kehidupan..ble berputus asa,nk suap mknan pn xkn mampu..atas sbb itu la,its ok to feel sad instead of giving up..

Mate,
Sbnrnye life kter pn bknye manis sgt..bnyk bnde yg kter da lalui yg wat kter m’jd se0rg yg tidak mudah senyum,easily panic, negative thinking,rase rendah diri..tapi Alhamdulillah,I tink im getting better by days..insyaallah..dan salah satu bentuk pljrn yg kter dpt dtgnye dari awk..time kaseh Mate..dan kter,akn terus mencari ape itu erti kebahgiaan..mungkin kter mmg da pgg ape itu bahgia,sudah memiliki sebahagian kebahagian yg kter maksudkan dan cari2..tp mungkin disebabkn krgnye rase bersyukur,membuatkn kter xnmpk ape yg di depan mate yg kter miliki..Hm..


Mate,
Sebenarnyer kal0 diikutkan banyak lagi yg nal kiter c0retkan..
Tapi cukuplah dulu sampai di sini kali inih..
Utk kali penghabisan,kiter juz nk mintak awk HALALKAN & MAAFKAN segala2nyer..yg datang dari awk,0o dari kter sendiri..depan + belakang..kecik besa..tahu tidak..
0k Mate??
Sayer sayang kamu..
Sayer amat berharap sem0ga ukhuwah yang terbina antara kiter inih akan berkekalan insyaallah sampai bila2..

+++++xsaba nk tinguk awk kawen*wink wink*