Thursday, July 1, 2010

JUNZ - Jangan suka-suka nak bercakap dengan brothers(^_~)




*Gambarku bersama peserta program JUNZ 2010 yang lain milik saudari Fairuz Sallehuddin. Turut disertakan,gambar kenangan di Kem Mahasiswa Luar Negara 2009 yang sangat best.


JUNZ: Program Jalinan Ukhuwwah New Zealand ini bertempat di Kaitoke Camp,Wellington.

Alhamdulillah aku turut berpeluang mengikuti program sepanjang 3Hari 2 Malam ini bersama peserta-peserta dari Welly,Dunny,Auckland.

Pada mulanya hati sedikit gusar sebelum melangkah pergi kerana aku satu-satunya TESLIAN IPSAH Cohort 1 yang join programme ni tetapi Allah telah mempermudahkan urusan dengan menanam sedikit keyakinan dalam diri.

Sebelum aku melelapkan mata pada malam keberangkatan ke camp tersebut,Allah juga telah memberi kelapangan dalam bentuk kewangan bilamana Abah text aku - Memberitahu bahawa beliau telah memasukkan sejumlah wang yang jumlahnya lebih banyak dari yang kubayar demi untuk menyertai program tersebut.

Sebenarnya,ada yang kurang bersetuju dengan penyertaanku atas faktor kewangan tetapi Alhamdulillah,Allah nak suruh aku pergi dengan berlapang dada tu.Huhuhu



Mari kita ikuti kisah selanjutnya:::

Moral of the story:Jangan suka-suka nak bercakap dengan br0thers(^_^)

Aku tengah sibuk merek0d.
Merek0d indah ciptaan Tuhan – hijau bumi Tuhan.
Tiba-tiba kuterdengar satu suara memanggil namaku.
“Izatul!”.
Bila terpandang kelibat insan yang memandangku,rasa cuak menghantui diri.

Oh man,apakah?
Habis semua datang pada aku.
Aku bukanlah jenis yang men*****.
Tetapi secara tiba-tiba bakat itu datang.

“Damn it – shit – g0sh – I’m dying (Ini sajalah yang aku tahu,ini sahaja yang aku mampu - Dalam hati sajalah- Gelak::Haha).
Tapi sungguh,kecuakan menghantui diriku.
Dia ni biar betul……

Katanya,
“Izatul,kan?”
Aku blur.
Nodding.
“Yup”,kataku.

Sebenarnya aku kenal insan ini, tetapi tidak kuingat namanya.
Jadi aku mencuba seboleh mungkin untuk tidak menyebut namanya,tidak mahu insan ini berkecil hati.
Oh ya, kami pernah sekumpulan semasa terlibat dalam program BTN Mahasiswa Luar Negara 2010.
Hanya sekadar mengenali.

Orang kata rambut sama hitam,hati lain-lain.
Betullah.
Apapun,aku amat positif bahawasanya beliau hanya sekadar bertanya khabar.
Dan lagi pula,setakat yang kukenali,beliau agak open orangnya,memang agak peramah sama ada dengan rakan-rakan perempuan atau lelaki.
Insan ini bagiku penuh berbudi bahasa,ramah bicaranya.

Tetapi keperamahan beliau menegurku di tengah ramai agak mengejutkan,terutamanya di tengah-tengah program sebegini.

Aku dengan penuh rasa bersalahnya menjawab sapaan beliau dan kami berbual ringkas tentang khabar masing-masing,tidak lupa juga tentang rakan-rakan sekumpulan kami yang lain.

Err..aku ingat lagi betapa huduhnya muka aku di saat itu.

Aku rasa cuak kerana memikirkan sister-sister yang lain sedang memerhatikan lagak kami.
Jelas terbayang di ingatanku betapa aku tidak tahu riak wajah bagaimana harusku pamerkan.
Kelat mungkin.
Teruk betul,huduh.
Gelak:: Haha

Sungguh tidakku tahu bagaimana harusku berhadapan dengan situasi sedemikian.
Kejap aku ke depan,kejap ke belakang.
Masukkan tangan dalam p0ket,keluarkan,masukkan.
Harus buat apakah sekarang?
Aiskh
-Gelak lagi::Haha

TETAPI

Tiba-tiba sedang kami saling bertanya khabar, muncul satu suara menampar pendengaranku(ceh ayat..)
Katanya.”Izatul,mari tolong akak angkat barang.Barang-barang ada yang tidak kemas lagi.Mari”,katanya penuh lembut.

Mungkin sister tersebut sedang mengingatkan aku tentang barang,mahu daku menolongnya,tetapi sebenarnya beliau sedang berbicara tentang batas.

Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Waktu itu,air muka aku yang telah mula berubah sejak mula tadi,kembali jauh berubah.
Kali ini lebih teruk lagi.
Wat da….

Aku malu,sungguh aku malu.
Aku malu pada sisters yang lain,kerana terlibat dengan perbualan yang tidak sepatutnya, dan tidak pula punya kekuatan dan kebijakan untuk mengelak situasi tersebut tetapi aku tidak tahu kenapa rasa malu itu sebenarnya lebih kepada diri sendiri.

Kami kemudiannya mematikan perbualan kami dengan bertukar salam.
Kurasa,masing-masing ‘get the message’.
Okay.
Kami pun berlalu pergi.

Dan seperti yang telah ku agak,sebenarnya tiada barang pun yang perlu diangkat.
Sudah terang lagi bersuluh,semua barang sudah pun habis diangkat (^_^)
Bagiku,itu satu bentuk pertolongan.

Jika kamu di tempatku,apakah yang kamu rasa?
Malu?
Marah?
Aku rasa berterima kasih.
Rasa diselamatkan.

Terima kasih kepada sister tersebut kerana menyelamatkanku dari situasi itu.

Sebenarnya,jika aku adalah aku yang sebelumnya,aku akan punya tendency untuk berfikiran buruk dan berprasangka tidak baik terhadap sister tersebut.
Tetapi Alhamdulillah,setelah mengikuti program Jalinan Ukhuwwah New Zealand 2010 ini,mentalitiku mula berubah.
Aku mula sedia melihat kejadian ini dari sudut yang positif.

Aku rasa sister tersebut layak menegurku.
Kenapa?
Aku ada jawapannya.

Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Allah Maha Besar.
Pada malam sebelum kejadian,Allah telah menunjukkan sesuatu padaku.

Pada malam tersebut,mataku jatuh pada sister tersebut yang sedang membuat sedikit perbincangan bersama Ustaz Halim dan AJK-AJK lain.
Kuperhati.
Kuperinci.
Kulihat ada jarak di situ.
Ku lihat di mana jatuh pandangan matanya.
Kulihat bagaimana bahasa tubuhnya.
Sungguh sempurna.
Benar dia layak menegurku.

Dikatakan tiada perkara yang berlaku secara kebetulan,waima sekeping daun gugur di muka bumi,semuanya adalah di dalam pengetahuan Allah SWT,juga di bawah perancangannya.
Begitu jugalah kisahku ini.

Tetapi sungguh,bila kuingat-ingat kembali,rasa ingin tergelak pun ada bila aku ingat ‘muka bersalah’ yang kupamerkan terhadap sahabat tersebut.
Gelak::Haha.

Untuk beliau,terima kasih sahabat kerana sudi bertanya khabar.
Tetapi untuk program-program ini,mungkin agak kurang sesuai.
Sungguh saya tersentuh dengan 'kewillingnessan' kamu untuk saling berukar cerita tetapi mungkin ada cara yang lebih baik lagi,yang mana perlu saya dan kamu pelajari.

Untuk sister tersebut, terima kasih.
Terima kasih kerana membantu menyelamatkan saya dan menolong saya ‘mendecide’ what I have to do at that particular time.
Yeah,it’s true that Allah yang gerakkan hati kamu untuk tegur saya/kami,tetapi,TERIMA KASIH.

Buat diriku pula,aku masih banyak lagi perlu belajar tentang adat-adat berbicara/bergaul/berkomunikasi dengan para Muslimin.
Insyaallah aku akan belajar lagi.

Benar,kejadian ini belum sepenuhnya mengubah aku tentang aspek pergaulan antara lelaki dan perempuan,tetapi sungguh,ia telah membuatku berfikir dengan lebih jauh lagi akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Insyaallah.Amin.

6 comments:

  1. aamiiin!

    semoga Allah permudahkan ye izatul

    <3 from auckland *wink2*

    ReplyDelete
  2. like this post very much!
    (^_^)

    -cekelat pekat-

    ReplyDelete
  3. amin.. :)
    sama2 la kita belajar kn..

    ReplyDelete
  4. tersentap sy. tetapi semuanya benar2 belaka. thank you :)

    ReplyDelete
  5. TIBA2,RASA MALU DENGAN DIRI SENDIRI
    C0S XWAT APE YG CAKAP
    HUU~
    SAYA AKAN USHA LAGI =))

    ReplyDelete